Selasa, 13 Januari 2015

SELAMAT DATANG TAHUN 1

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Semua murid Tahun 1 sedang menjalani pembelajaran transisi yang berlangsung selama 2 minggu.





Para ibubapa sedang mendengar Taklimat Transisi yang disampaikan oleh Guru Besar.







Ahad, 11 Januari 2015

PERSEKOLAHAN BERMULA..


Hari ini sudah ada yang mula bersekolah dan esok ada juga yang baru bermula bersekolah serta bekerja setelah bercuti panjang. Ibu bapa mungkin ramai yang mengambil cuti sempena musim menghantar anak masing-masing ke sekolah kan? 
Cikgu cikgi dah mula sibuklah esok yer. Bermulanya episod baru sesi persekolahan dan kembali mendidik anak bangsa, mencurahkan bakti serta melayan kerenah anak murid.
Kepada semua murid SKMT semoga dapat menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berjaya di dunia serta akhirat. In SyaAllah... Amin... 

Sabtu, 10 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2015

Sesi persekolahan 2015  akan bermula  pada 11 Januari 2015.  Ucapan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga SKMT dan selamat datang kepada murid-murid baru Tahun Satu nanti.
Adalah diharapkan, 2015 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKMT  tercinta. Seperti kata pepatah “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”
Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2015 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat