Ahad, 11 Januari 2015

PERSEKOLAHAN BERMULA..


Hari ini sudah ada yang mula bersekolah dan esok ada juga yang baru bermula bersekolah serta bekerja setelah bercuti panjang. Ibu bapa mungkin ramai yang mengambil cuti sempena musim menghantar anak masing-masing ke sekolah kan? 
Cikgu cikgi dah mula sibuklah esok yer. Bermulanya episod baru sesi persekolahan dan kembali mendidik anak bangsa, mencurahkan bakti serta melayan kerenah anak murid.
Kepada semua murid SKMT semoga dapat menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berjaya di dunia serta akhirat. In SyaAllah... Amin... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan